JAKARTA – Tiga orang termasuk dua anggota polis maut di wilayah paling timur di Indonesia, Papua selepas pejuang pemisah melepaskan tembakan ke arah dua buah bot membawa pengundi dan anggota polis yang baru membuang undi dalam pilihan raya tempatan dikenali sebagai Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada), kata polis. Menurut pihak berkuasa, insiden berlaku di sebatang sungai di daerah Torere kelmarin dan menyebabkan tiga orang terbunuh, manakala tiga lagi anggota polis hilang.…










