PADANG BESAR 2 Jun – Orang ramai diminta berhati-hati dan bijak memilih hanya gerai-gerai yang mengutamakan kebersihan semasa hendak membeli juadah untuk berbuka puasa di sepanjang Ramadan ini bagi mengelak keracunan. Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Zaini Hussin berkata, jadilah pengguna bijak yang sentiasa memerhati kebersihan si penjual atau pengendali makanan sebelum membeli. Katanya, antara kriteria yang perlu diperhalusi apabila hendak membeli ialah dengan memastikan makanan yang dijual itu, dihidangkan dalam…










