Pihak berkuasa ada maklumat Jho Low penjenayah utama 1MDB - Utusan Malaysia

Pihak berkuasa ada maklumat Jho Low penjenayah utama 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pihak berkuasa mempunyai maklumat mencukupi bahawa Low Taek Jho atau Jho Low merupakan antara penjenayah utama menyebabkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi yang terbesar di dunia, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu, katanya, tindakan tegas mengikut undang-undang harus disegerakan bagi mengheret Jho Low ke muka pengadilan.

“Ada orang tanya kepada saya kenapa tidak tangkap Jho Low kerana sudah dapat maklumat. Saya kata tunggulah sedikit (masa lagi), tetapi ada pihak yang tidak mahu tunggu mereka harap tindakan tegas boleh kita ambil dalam tempoh bukan hari ini tetapi ‘semalam’.

“Saya tidak menyatakan saya hendak mendahului peraturan dan undang-undang tetapi dalam kes-kes yang sudah jelas maka tindakan tegas mengikut undang-undang kanun jenayah atau rasuah perlu diambil seberapa segera,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Menurut Muhyiddin, skandal rasuah seperti 1MDB yang dilaporkan kepada polis dan agensi penguat kuasa yang lain tidak boleh diketepikan dan tindakan perlu diambil dengan segera. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN