Piala Dunia 2026: Amerika Utara atau Maghribi? - Utusan Malaysia

Piala Dunia 2026: Amerika Utara atau Maghribi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 12 Jun – Ahli gabungan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akan membuat keputusan esok, sama ada Piala Dunia 2026 bakal diadakan di Amerika Utara atau kembali ke Afrika buat kali kedua, dan kali ini di Maghribi.

Pilihannya cukup jelas iaitu antara Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada atau negara yang bercita-cita besar, Maghribi sekalipun fasiliti masih belum dibangunkan.

Menjelang Piala Dunia 2018 di Rusia, seramai 207 negara gabungan FIFA akan mengundi dalam kongres badan induk bola sepak dunia itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Maghribi hanya melancarkan bidaan untuk 2026 pada awal bulan ini, meskipun hasil laporan penilaian FIFA mengklasifikasikan stadium, penginapan dan pengangkutan yang ditawarkan negara Afrika Utara itu berada dalam kategori ‘berisiko tinggi’.

Berikutan laporan tersebut, AS-Kanada-Mexico menjadi calon pilihan selepas diberi rating empat daripada lima mata maksimum.

Maghribi pula sekadar menerima 2.7 mata tetapi negara itu masih mampu meneruskan kemaraan meskipun bendera merah telah dikibarkan berhubung beberapa komponen kritikal di dalam bidaan tersebut.

Kesimpulan yang diperoleh FIFA daripada pasukan petugas bidaan memaklumkan bahawa Maghribi sememangnya perlu membangunkan kemudahan infrastruktur, tetapi bidaan negara itu tidak boleh diketepikan dan ia berpotensi menjadi realiti. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini