Empat hari lalu tatkala kebanyakan rakyat Malaysia masih bergembira menyambut Syawal, kita dikejutkan dengan berita gempar seorang kanak-kanak yang baru berusia 19 bulan mati dikelar di Felda Jengka 13, Maran, Pahang. Lebih tragis si pembunuh bukanlah orang lain, ibunya sendiri. Kemurungan dan halusinasi dikatakan antara penyebab ibu kanak-kanak malang itu bertindak sedemikian rupa. Belum pun reda kisah tragis di Maran, hati rakyat Malaysia direntap lagi sehari selepas itu. Kali ini,…










