Perubahan demi menyemarakkan perjuangan parti - Utusan Malaysia

Perubahan demi menyemarakkan perjuangan parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 22 Jun – Pemuda UMNO tidak lagi boleh beretorik dalam tawaran baharu kepada golongan muda, sekali gus perubahan perlu dilakukan bagi menyemarakkan kembali perjuangan parti itu untuk agama, bangsa dan negara.

Mengakui perkara itu merupakan satu cabaran untuk menarik kembali golongan muda kepada parti itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang yang baharu, Noor Azleen Ambros, 32, yakin usaha itu mampu dilakukan dengan UMNO perlu menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.

“Lihat dahulu UMNO semasa awal penubuhannya, ramai mereka yang berbakat dan mempunyai potensi berada dalam UMNO, namun pada hari ini mereka terutamanya orang muda menjauhi UMNO dan cabaran kita adalah untuk menarik mereka semula.

“Pada saya, andai kita berjaya memulih dan mengembalikan UMNO dalam perjuangan asal, insya-Allah orang muda juga akan tertarik dengan kita, cuma pendekatan dan strategi kena sesuaikan dengan keadaan dan kehendak semasa golongan itu,” katanya ketika ditemui, di sini sebentar tadi.

Beliau juga menegaskan, UMNO tidak boleh lagi terus mengamalkan budaya dan amalan yang ada dalam parti, sikap feudal dan mempunyai protokol yang ketat seperti diperkatakan banyak pihak perlu dihapuskan sebaliknya menekankan budaya serta pendekatan demokrasi diamalkan dalam UMNO selama ini perlu diperkukuhkan.

Berikut adalah keputusan pemilihan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Pengerusi Tetap – Muhamad Mustafa
Timbalan Pengerusi Tetap – Mohd. Haziq Hassan
Ketua Pemuda – Noor Azleen Ambros
Naib Ketua Pemuda – Mohd. Khairul Azlan Sulong

Ahli Jawatankuasa
1. Ahmad Fadzli Bahara Nordin
2. Indraputra Ibrahim
3. Izzham Shafiq Hashim
4. Khairul Annuar Mohammad
5. Mohd. Akmal Mohd. Za’ai
6. Mohd. Azlan Mohd. Jidin
7. Mohd. Fairuz Mohamad Azrie
8. Mohd. Hafiz Abdul
9. Mohd. Syahrul Azam Aris
10. Mohamad Azlan Talib
11. Muhammad Kharuddin Hamid
12. Muhammad Rizal Abdullah Sani
13. Nazri Tangis
14. Zainal Abidin Abdul Malik
15. Zamri Baba – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN