SUMBANGAN. Pertubuhan Suka Amal Insan Prihatin Malaysia (PSAIPM) membantu lebih 30 orang golongan asnaf serta orang kelainan upaya (OKU) dengan memberi bantuan sempena Aidilfitri di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mulia, Kuala Lumpur baru-baru ini. Presiden PSAIPM, Mohamad Yasin Mohamad berkata, sumbangan itu memberi peluang kepada golongan yang memerlukan tersebut merasai kemeriahan menyambut hari raya walaupun serba kekurangan. Katanya, sumbangan yang diberikan dalam bentuk barangan keperluan dapur termasuk beras bernilai…










