Pertindihan tugas tawar latihan kemahiran belia harus dihentikan - Utusan Malaysia

Pertindihan tugas tawar latihan kemahiran belia harus dihentikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 3 Jun – Pertindihan tugas melibatkan tiga kementerian dalam menawarkan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada para belia bagi membangunkan sumber manusia harus dihentikan.

Menteri Tenaga Manusia, M. Kulasegaran berpandangan, beliau merasakan kementeriannya yang telah terlibat sejak sekian lama, sebaliknya mesti melakukan pengkhususan supaya tiada sebarang peruntukan kerajaan dibazirkan, justeru ingin membawa perkara itu kepada Kabinet.

“Pada pandangan saya, ini (Institut Latihan Perindustrian) bukan baharu dan telah bermula sejak tahun 1990. Kita tidak mahu lihat persaingan antara satu kementerian dengan satu kementerian yang lain.

“Sebaliknya kita mahu bersaing dengan usahawan swasta dan negara lain. Kita mahu menjadi yang terbaik di dunia, itu yang sepatutnya berlaku. Bukannya bersaing dengan ‘abang atau kakak’ sendiri (Kementerian Belia dan Sukan atau Kementerian Pendidikan),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN