Pertahankan hak-hak orang Melayu - Utusan Malaysia

Pertahankan hak-hak orang Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Calon Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan mempertahankan empat perkara iaitu agama Islam, bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan hak-hak istimewa orang Melayu sekiranya diberi mandat dalam pemi­lihan esok.

Menurutnya, empat per­kara itu telah termaktub dalam Perlembagaan dan UMNO tidak pernah gagal melaksanakannya.

“Biarpun UMNO dan Barisan Nasional berbeza pendapat sebagai pembangkang namun empat perkara itu tidak boleh ada perbezaan kerana ia termaktub dalam Perlembagaan.

“Kita tidak minta lebih daripada apa yang ada dalam Perlembagaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan UMNO Melaka di Dewan Mini Bistari di Ayer Keroh di sini semalam.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Haron; calon Timbalan Presiden UMNO yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Ne­geri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan serta calon-calon Naib Presiden UMNO dan Ahli Majlis Tertinggi parti itu.

Ahmad Zahid membuat kenyataan itu kerana kesal terhadap segelintir pihak yang semakin berani mencabar dan menyamakan keistimewaan ber­kenaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Tambahnya, antara ialah desakan isu supaya Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada semua kaum, isu tanah rizab Me­layu dan pertikaian kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Jelas beliau, tunjang perjuangan UMNO adalah memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu, namun pada masa yang sama tidak menolak hak bangsa lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN