KAZAN, Rusia 16 Jun – Pada ketika semua bercakap tentang trio serangan, Paul Pogba muncul wira apabila meledak gol kemenangan 2-1 Perancis ke atas Australia dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia mereka sebentar tadi. Terdapat khabar angin mengatakan pemain Manchester United itu bakal kehilangan tempat dalam kesebelasan utama Perancis di Piala Dunia selepas prestasi kurang konsistennya musim ini, namun jurulatih Didier Deschamps tetap menaruh kepercayaan kepada Pogba. “Kami tidak boleh lakukan…










