Perkeso buru majikan gagal daftar, carum pekerja menjelang Ogos - Utusan Malaysia

Perkeso buru majikan gagal daftar, carum pekerja menjelang Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING – Kerajaan memberikan tempoh sehingga Ogos depan untuk majikan mendaftarkan pekerja mereka dan membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran menegaskan, Perkeso akan melancarkan kempen di seluruh negara menerusi Op Kesan untuk memburu majikan yang gagal mematuhi syarat tersebut pada tempoh masa ditetapkan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat berkata, majikan yang gagal akan berdepan hukuman denda sebanyak RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-dua sekali.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi saya maklumkan kepada Perkeso kami tidak mahu mengheret majikan ke mahkamah. Untuk apa simpan dalam penjara? Kami mahu melihat penglibatan mereka dan Perkeso selain mewujudkan suasana mesra perniagaan.

“Alasan tidak mendaftarkan pekerja disebabkan perniagaan tidak berjalan dengan baik, tidak boleh diterima kerana apabila perniagaan maju mereka (majikan) tidak pula menggandakan caruman,” katanya. – Bernama
 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini