Perkenal hukuman khidmat masyarakat kepada pesalah vandalisme - Utusan Malaysia

Perkenal hukuman khidmat masyarakat kepada pesalah vandalisme

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Jun – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bercadang mewajibkan mana-mana pesalah vandalisme menyertai program khidmat masyarakat sebagai hukuman kerana ia dilihat lebih berkesan dalam mendidik masyarakat.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, usaha mendidik masyarakat mengenai pengetahuan penjagaan awam amat penting bagi mengekang isu vandalisme selain turut menjimatkan kos penyelenggaraan.

“Sehubungan itu, kerajaan bercadang melaksanakan Dasar Komuniti Negara bagi mewujudkan masyarakat berdaya saing dan mempunyai sikap menghargai harta benda awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Biar mereka buat kerja khidmat masyarakat seperti membersihkan tangga, mencuci longkang dan menyapu sampah kerana ia salah satu cara yang dapat memberi manfaat kepada semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Majlis Iftar dan Infaq Perdana Parlimen Ampang di Masjid Taman Kosas di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini