RIYADH 24 Jun – Larangan memandu terhadap golongan wanita Arab Saudi ditamatkan secara rasminya bermula hari ini. Langkah berkenaan disifatkan sebagai satu pembaharuan bersejarah bagi golongan wanita yang selama ini terpaksa bergantung kepada saudara-mara lelaki atau pemandu peribadi untuk bergerak ke mana-mana sahaja. Selain itu, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha Putera Mahkota, Mohammed bin Salman Abdulaziz Al Saud untuk memodenkan Arab Saudi. Golongan wanita di Riyadh serta beberapa bandar…










