KOTA KINABALU – Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir pada pukul 6 petang ini dilanjutkan hingga 14 Julai, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din. Beliau berkata, dengan pelanjutan itu, mereka yang tinggal di kawasan berkenaan diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan itu antara pukul 6 petang hingga 6 pagi sepanjang tempoh berkenaan. “Orang lain tidak dibenarkan…










