KUALA LUMPUR 10 Jun – Kerajaan akan memperhalusi Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) bagi memastikan kesejahteraan kaum tersebut. Menteri Sumber Manusia, M.Kulasegaran berkata, MIB yang dilhamkan pimpinan terdahulu dilihat gagal dalam membantu ekonomi masyarakat India. “Kita akan meneliti semula dan membuat penambahbaikan pelan tindakan tersebut supaya golongan sasaran iaitu B40 dapat menerima manfaat sepenuhnya. “Perbincangan lanjut mengenai MIB dan isu-isu lain antaranya Amanah Saham 1Malaysia (AS1M), Unit Pembangunan Sosio…