AMMAN – Perdana Menteri Jordan, Hani Mulki (gambar) meletak jawatan semalam selepas beliau dipanggil menghadap Raja Abdullah II berhubung bantahan rakyat yang semakin meningkat terhadap langkah penjimatan oleh pentadbirannya, kata sumber kerajaan. “Hani Mulki menyerahkan peletakan jawatannya kepada Raja Abdullah II tengah hari ini (semalam) semasa satu pertemuan di Istana Husseiniyeh dan baginda menerima peletakan jawatan beliau,” kata sumber itu kepada agensi berita AFP. Raja Abdullah II meminta Menteri Pendidikan, Omar Al-Razzaz untuk membentuk kerajaan baharu, tambah sumber itu. Tunjuk perasaan menggegarkan ibu kota Jordan, Amman dan beberapa bandar lain…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya