ALOR SETAR – Perubahan formasi serta taktikal pada bahagian serangan dan pertahanan membolehkan Kedah meraih tiga mata penuh apabila menewaskan Kelantan 1-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, malam tadi. Pengurus pasukan Kedah Syed Khairul Anuar Syed Abidin berkata, pasukannya yang dibarisi kebanyakan pemain muda itu bijak memanfaatkan percaturan ketua jurulatih Mohd Nidzam Adzha Yusoff dalam misi perlawanan kali ini, sekali gus menebus semula kekalahan pasukan itu bersama…