KLANG 5 Jun – Keadaan jalan yang berlubang dan tampalan tidak sempurna di Jalan Meru-Puncak Alam pada bila-bila masa boleh menjadi perangkap maut kepada pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal. Keadaan lebih berisiko pada waktu malam serta ketika musim hujan kerana laluan tersebut agak gelap. Utusan Malaysia difahamkan, sebelum ini berlaku beberapa kemalangan kecil membabitkan penunggang motosikal. Menurut penduduk setempat, jalan di laluan itu sebenarnya sudah lama di selenggara tetapi…










