BEIJING – Kementerian Perdagangan China memberi amaran bahawa isu tarif keluli dan aluminium Amerika Syarikat (AS) bakal menjejaskan pekerja dan petani di negara itu sendiri. Menurut kementerian itu, sikap AS yang mudah melenting dengan isu perdagangan dua hala juga menjadikan rundingan bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku menjadi semakin sukar. “China yakin rundingan perdagangan dengan AS sebelum ini dilihat semakin membina tetapi sikap kerajaan AS yang tidak dapat diramalkan dan mudah…










