Perang mulut Annuar Musa dan Wee Ka Siong harus dihentikan - Utusan Malaysia

Perang mulut Annuar Musa dan Wee Ka Siong harus dihentikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Jun – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu perang mulut antara Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dihentikan serta-merta.

 

Tegas Ahmad Zahid, apa yang dilontarkan kedua-dua tokoh tersebut merupakan pendapat peribadi dan bukan pendirian rasmi UMNO atau MCA.

Ahmad Zahid berkata,  Annuar dan Ka Siong tidak perlu menuding jari antara pemimpin berikutan kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu.

“Kedua-dua parti dalam komponen Barisan Nasional masih memerlukan jalinan dalam wadah yang sama.

“Kekecundangan di banyak kerusi Parlimen dan DUN bagi UMNO dan MCA suatu realiti yang harus diterima sebagai hakikat politik kebencian yang ditanam oleh pihak pesaing di kalangan rakyat,” kata Ahmad Zahid dalam satu kenyaaan akhbar hari ini.

Ahmad Zahid berkata, kedua-dua tokoh berkenaan perlu bersatu fikiran untuk menggembleng tenaga dalam barisan pembangkang.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN