KUALA LUMPUR 3 Jun – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu perang mulut antara Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dihentikan serta-merta. Tegas Ahmad Zahid, apa yang dilontarkan kedua-dua tokoh tersebut merupakan pendapat peribadi dan bukan pendirian rasmi UMNO atau MCA. Ahmad Zahid berkata, Annuar dan Ka Siong tidak perlu menuding jari antara pemimpin…










