Perancis harap trio pertahanan La Liga mampu sekat Messi - Utusan Malaysia

Perancis harap trio pertahanan La Liga mampu sekat Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Jurulatih Perancis, Didier Deschamps yakin trio pertahanannya yang beraksi dalam La Liga mampu mengekang bintang Argentina, Lionel Messi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perancis akan turun dalam misi hidup dan mati dalam kempen di Rusia ini dalam usaha menjulang gelaran dunia kali kedua sejak kali terakhir melakukannya pada 1998.

Namun misi itu bukan mudah apabila Les Bleus berdepan Messi dan rakan sepasukannya di Argentina yang turut menyimpan impian mara ke pusingan seterusnya bagi merangkul gelaran ketiga mereka.

Justeru, Deschamps yang menjadi kapten ketika Perancis muncul juara 20 tahun lalu, mengharapkan trio pertahanan La Liga Samuel Umtiti (Barcelona), Raphaël Varane (Real Madrdi) dan Lucas Hernandez (Atletico Madrid) mampu menghalang Messi daripada ‘bergerak bebas’ di kawasan pintu gol mereka malam ini.

“Messi adalah Messi. Kami memang mahu mengawal dan mengekangnya, tetapi kami tahu dia masih mampu membawa perubahan walaupun dengan sumbangan yang kecil.

“Hakikat inilah yang kami perlu ambil kira. Saya harap Umtiti, Varane dan Hernandez yang sudah biasa dengan corak permainannya akan dapat memastikan Messi ‘diam’ malam ini,” jelas Deschamps.

Bagaimanapun, Deschamps yang dikritik hebat selepas anak buahnya gagal mempamer prestasi yang diharapkan pada awal saingan, mengakui masih belum menemui cara untuk mengekang Messi.

“Saya harap dapat jawab soalan ini dengan ‘ya’, tetapi saya masih tidak pasti sama ada ia akan memberi kelebihan kepada kami atau kelebihan kepada mereka.

“Kalau kamu terlalu beri perhatian kepadanya, kamu terpaksa biarkan pemain lain bergerak bebas. Inilah situasai yang kami perlu tangani sekarang,” ujarnya.

Perancis juga berharap penyerangnya, Antoine Griezmann kembali menemui sentuhan jaringannya selepas gagal dalam tiga perlawanan kumpulan setakat ini.

“Saingan awal di setiap kejohanan biasanya agak sukar.

“Dia beraksi 65 minit dengan Denmark dan itu sudah cukup bagus untuk dia mencari semula rentak dan momentum sebenarnya.

“Memangh benar Perancis memerlukan Griezmann berada pada tahap terbaiknya dan dia ketika ini sedang berusaha untuk melakukannya,” tambah Deschamps. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN