SEPERTI diramalkan banyak pihak, Perancis berjaya meloloskan diri ke pusingan kedua Piala Dunia kali ini. Bagaimanapun, Perancis tidak melakukannya dengan mudah, 90 minit permainan menyaksikan Peru memberi asakan bertali arus ke kubu Perancis. Anak buah Deschamps ternyata sukar untuk mengikut rentak permainan laju ditampilkan Peru sehingga melanggar tradisi permainan menyerang yang sinonim dengan Perancis. Juara Dunia 1998 itu lebih banyak bertahan daripada menyerang, pegangan bola juga dikuasai Peru. Perancis hanya…










