Penstrukturan baharu BN perlu - Utusan Malaysia

Penstrukturan baharu BN perlu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 29 Jun – Penstrukturan semula Barisan Nasional (BN) perlu dilakukan berdasarkan kehendak semasa dan tidak lagi berlandaskan formula lama yang dikatakan menjadi punca penolakan rakyat terhadap UMNO di peringkat pusat dan akar umbi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, walaupun gagal memperoleh tampuk kepimpinan negara berikutan kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14, UMNO kekal dominan dengan lebih 50 kerusi oleh itu pembaharuan perlu dilakukan secara lebih tersusun.

“Kita bangkitkan semula semangat BN baharu tidak boleh terikat lagi dengan konsep lama. Kita perlu lihat bagaimana MIC hanya menang satu kerusi manakala MCA dua kerusi sedangkan PKR yang bukan parti India tetapi mempunyai 17 wakil dalam Parlimen.

“Jika saya menang Presiden esok, pemikiran luar biasa perlu ada dan saya akan duduk berbincang dengan MIC dan MCA kerana dua parti itu sahaja yang ada dalam BN kemudian kita perlu merangka formula baharu seperti menjemput parti lain dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu bersama kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis ramah mesra Sepetang Bersama Khairy Jamaluddin, di sini hari ini.

Khairy berkata, pendekatan baharu itu juga akan mengambil kira kaedah dan mekanisma dalam pembahagian kerusi bagi memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum akan datang.

“Kita tidak akan mengguna pakai kaedah pembahagian kerusi mengikut hak parti kerana jika sesebuah kawasan terbabit, UMNO boleh menang berbanding rakan parti dalam BN maka calon dari UMNO yang akan dipertaruhkan, begitu juga sebaliknya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN