Penjawat awam Melaka terima bantuan khas Aidilfitri RM1,000 - Utusan Malaysia

Penjawat awam Melaka terima bantuan khas Aidilfitri RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH – Kerajaan negeri telah mengumumkan pemberian Khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada penjawat awam di Melaka.

Pengumuman berita gembira itu dibuat oleh Ketua Menteri, Adly Zahari semasa berucap pada Majlis Moreh Bersama Rakyat di Dataran Keris di sini yang turut dihadiri oleh Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Adly berkata, pembayaran khas tersebut akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri pada 15 Mei depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ada berita gembira untuk penjawat awam, Insha-Allah RM1,000 akan dibagi sebelum Aidilfitri,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, Adly memberitahu, pihaknya turut mempertimbangkan untuk menjadikan kediaman rasmi Ketua Menteri Seri Bendahara di Ayer Keroh sebagai produk pelancongan terbaharu negeri.

“Saya ambil keputsan saya buka Seri Bendahara kepada orang ramai. Saya lihat bukan orang Melaka sahaja datang tapi pelancong dari china dan pengunjungnya sudah melebihi 10,000 orang.

“Insha-Allah akan ada sesuatu di Seri Bendahara dan kita yakin ia boleh menjana pendapatan untuk negeri. Sebab itu saya ambil keputusan untuk tidak tinggal di Seri Bendahara dan akan menggunakannya untuk rakyat Melaka,” katanya. 

Adly yang dilantik sebagai Ketua Menteri pada 11 Mei lalu sebelum ini mengumumkan kediaman rasmi Ketua Menteri sebagai lokasi kunjungan terbuka orang ramai selama sebulan bagi menghubungkan silaturahim antara pemimpin dan rakyat negeri itu. – K! ONLINE 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini