ALOR SETAR – Penjawat awam di negeri ini yang bergred 41 ke bawah akan menerima bantuan khas raya sebanyak RM400 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) mempertimbangkan jumlah bantuan khas raya itu dengan mencontohi keputusan kerajaan Persekutuan. “Saya tahu jumlah bantuan tersebut mungkin tidak sebanyak tahun sebelum ini tetapi dalam keadaan kerajaan negeri yang kekurangan dana maka kita perlu berbelanja secara berhemah,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 96 pelajar kurang berkemampuan pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya