MELAKA – Perbuatan seorang peniaga alat ganti kenderaan mengugut dan menghalang seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) menjalankan tugas di Jonker Walk sehingga tular dalam laman sosial berbalas apabila dia dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Mohd. Firdaus Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Soon Wei Meng, 42, dari Batu Berendam di sini mengaku salah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya. Mohd. Firdaus memerintahkan tertuduh…










