Pengurus Mexico benarkan pemain berparti - Utusan Malaysia

Pengurus Mexico benarkan pemain berparti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN 9 Jun – Jurulatih Mexico, Juan Carlos Osorio tidak kisah pemain-pemainnya berparti hingga lewat malam selepas perlawanan persahabatan menentang Scotland pada Sabtu lalu.

Baginya, pemain berhak menghabiskan masa untuk diri mereka selepas penat beraksi. Gambar yang menunjukkan sekurang-kurangnya lapan pemain Mexico berparti tersebar dengan meluas selepas didedahkan sebuah majalah.

“Itu adalah masa lapang yang mereka ada. Kami sudah mengharungi 19 perlawanan bersama sebelum ini dan akan terus bersama untuk 25 hingga 30 hari lagi. Jadi penting bagi mereka mengisi masa yang terluang untuk diri mereka,” kata Osorio hari ini, menjelang perlawanan persahabatan dengan Denmark.

Kenyataan Osorio itu disokong pemain tengah Andres Guardado yang mengakui pemain juga manusia yang memerlukan hiburan untuk mengurangkan tekanan menjelang Piala Dunia 2018 di Rusia.

“Selain pemain bola, kami juga adalah manusia. Jadi kami juga perlu melakukan apa yang kami mahu dalam kehidupan peribadi kami. Saya tidak fikir kami menyalahi peraturan dari segi disiplin,” katanya. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN