JOHOR BAHRU – Kerabat diraja dan orang ramai di sini mula memasuki pekarangan Istana Besar, Johor Bahru seawal pukul 8 pagi ini bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah bonda Sultan Johor, Almarhumah Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah. Jenazah Almarhumah Hajah Khalsom tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) malam tadi dari London pada pukul 11 malam dengan menaiki pesawat peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar. Ketibaan jenazah disambut Sultan…










