Pengerusi BN tidak semestinya menjadi Ketua Pembangkang - Utusan Malaysia

Pengerusi BN tidak semestinya menjadi Ketua Pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Jun – Pengerusi Barisan Nasional (BN) tidak semestinya menjadi Ketua Pembangkang dalam sidang pertama Parlimen yang dijadualkan bermula 16 Julai ini.

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin sebaliknya berkata, pengerusi perlu memberi tumpuan kepada usaha menstrukturkan semula parti manakala tugas-tugas perundangan di Parlimen dipikul oleh pasukan lain yang dipandu mengikut pendirian serta polisi BN.

“Oleh itu, saya mencadangkan agar BN segera memulakan persiapan untuk sidang Parlimen pertama.

“Langkah pertama adalah untuk memisahkan tugas antara parti BN dan juga wakil-wakil rakyat BN di Parlimen. Pengerusi BN tidak semestinya menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Facebook beliau hari ini.

Tambahnya, beliau bagaimanapun sedar BN tidak akan diterima serta-merta sebagai sebuah pembangkang yang berwibawa, namun tetap akan memainkan peranan untuk menyemak dan mengimbangi Kerajaan Pakatan Harapan.

Dalam pada itu, Khairy menghargai peruntukan RM100,000 yang diberi kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat BN seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, semalam.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN