Pengendali IPTV, OTT diminta mohon lesen daripada SKMM - Utusan Malaysia

Pengendali IPTV, OTT diminta mohon lesen daripada SKMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Jun – Kerajaan meminta supaya pengendali-pengendali Protokol Internet Televisyen (IPTV) dan platform ‘Over The Top’ (OTT) di negara ini memohon lesen operasi mereka menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Shakib Ahmad Shakir berkata, kerajaan telah mula membuka permohonan kepada mana-mana syarikat untuk memohon lesen operasi tersebut.

“Kementerian menyerahkan kepada SKMM untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang didapati beroperasi dan mengendalikan IPTV dan OTT tanpa lesen.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Daripada segi perundangannya, bila operasi tersebut tidak sah, kandungan rancangan yang ada juga tidak boleh disiarkan. Walaupun tiada sebarang tindakan diambil setakat ini, saya meminta mereka yang terlibat memohon lesen mengikut saluran yang betul daripada SKMM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan platform IPTV dan OTT terbaharu, Enjoy TV, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengasas dan Pengerusi Enjoy TV & Film Broadcasting Corporation (ETBC), Datuk Sam Yap. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini