Pengemis asing banjiri Masjid Muhammadi Kota Bharu - Utusan Malaysia

Pengemis asing banjiri Masjid Muhammadi Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 8 Jun – Semua pintu masuk utama ke Masjid Muhammadi, di sini dibanjiri kumpulan pengemis asing dan tempatan yang menagih simpati dan sedekah orang ramai sepanjang Ramadan ini.

Tinjauan Utusan Online hari ini mendapati kumpulan itu berkumpul di pintu masuk bersama beg plastik dan bekas minuman kosong untuk menadah sumbangan orang ramai selepas selesai solat Jumaat.

Seorang jemaah, Abdul Malik Awang, 44, berkata, adalah kelaziman masjid di sekitar bandar ini dibanjiri peminta sedekah pelbagai usia dan jumlah mereka bertambah ramai menjelang Aidilfitri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, peminta sedekah berkenaan turut melibatkan penghuni pondok agama dari negara jiran selain segelintir remaja yang mendakwa mereka dari pusat tahfiz.

“Mereka akan berderetan di tepi pagar utama dan wakaf berdekatan sambil meminta ihsan simpati orang ramai. Ada juga yang menjual makanan dan mendakwa mereka penghuni pondok,” katanya ketika ditemui.

Seorang lagi ahli kariah masjid, Kamarudin Ismail, 30, berkata , kebanyakan pengemis berkemungkinan besar sudah mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun masih meminta sedekah kerana mahu pendapatan tambahan.

Menurutnya, pihak JKM perlu membuat pemantauan dalam usaha mengekang kebanjiran pengemis. Sekarang bukan hanya orang tempatan, ada yang datang dari Myanmar dan Selatan Thailand,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini