TOKYO 19 Jun – Salah seorang pengasas syarikat Casio Computer Co., Kazuo Kashio dilaporkan meninggal dunia hari ini.
KAZUO Kashio meninggal dunia akibat penyakit pneumonia aspirasi hari ini. – Agensi
Kashio, 89, dikatakan menghidap penyakit pneumonia aspirasi yang berpunca daripada makanan atau cecair.
Beliau sebelum ini membangunkan kalkulator jenama Casio Mini dan membantu mempopularkan jam tangan G-Shock di peringkat antarabangsa sejak 1983.
Syarikat berkenaan berkata mereka masih merancang acara pengebumian Kashio. – AP










