Pengajaran Imam Nawawi vs Raja Zahir Bybres - Utusan Malaysia

Pengajaran Imam Nawawi vs Raja Zahir Bybres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ketika kerajaan berdepan dengan ancaman Tatar, Raja Zahir Bybres selaku penguasa ketika itu mencari ikhtiar pintas untuk mendapatkan dana segera bagi menampung keperluan pertahanan negara.

Tabung Harapan.

Lalu dikutip fatwa para ulama pengampu sebagai lesen untuk mengenakan bayaran wajib ke atas rakyat dengan alasan kononnya demi keperluan negara yang mendesak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika itu Imam Nawawi dengan tegas menentang tindakan Raja Zahir Bybres. Beliau meletakkan syarat, bahawa Raja Zahir wajib mengeluarkan harta kekayaannya terlebih dahulu sebelum memeras keringat rakyat.

Penguasa Mesti Bertanggungjawab.

Mana mungkin seorang penguasa mendahulukan rakyat untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara, sedangkan ketika senang si penguasa itulah yang terlebih dahulu mengecapi kemewahan.

Pendirian Imam Nawawi tegas, menyuruh agar segala kekayaan istana dan anggota di dalamnya diperah keluar terlebih dahulu.

Sesudah semuanya telah licin dikeluarkan namun masih belum mencukupi, barulah boleh dikenakan bayaran wajib ke atas rakyat untuk menampung keperluan ekonomi negara. Itu pun dengan syarat, sekali kutipan sahaja.

Tidak boleh dijadikan rutin berpanjangan. Dari ketegasan tersebut, Imam Nawawi dibuang negeri.

Apa yang perlu kita faham adalah:

l Jangan bermudah-mudah membebankan rakyat dengan derma kononnya untuk menampung keperluan negara.

l Penguasa adalah golongan pertama yang perlu dihabiskan harta kemewahan mereka terlebih dahulu untuk keperluan negara.

l Menjadi satu kebingungan apabila diisytiharkan derma yang kononnya sangat darurat demi negara. Tetapi pada masa sama kerajaan sedia berbelanja berpuluh juta ringgit semata-mata untuk tayangan Piala Dunia. Ternyata ini merupakan praktis prioriti yang dangkal.

l Kerajaan mempropagandakan kononnya negara akan bankrap dan rakyat perlu mengeluarkan derma, merupakan gimik politik yang memberi impak negatif kepada kestabilan ekonomi negara.


ABDUL MU’IZZ MUHAMMAD

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini