GAZA 30 Jun- Beribu-ribu penduduk Palestin pada menghadiri pengkebumian anak lelaki seorang komander tentera Hamas dalam serangan tentera Israel di Selatan Semenanjung Gaza , dengan ramai orang menuntut membalas dendam terhadap perbuatan itu.
Lapor Arab News, Yasser Abu Al-Naja, 11, yang bapanya adalah anggota sayap tentera Hamas ditembak di kepala, semalam dalam pertempuran di sempadan berhampiran bandar Khan Yunis, selatan Gaza.
Anggota-anggota kanan Hamas, yang memerintah Semenanjung Gaza dan beberapa Komander Brigad al-Qassam menghadiri pengebumian itu.
“Kematian ‘syahid’ Yasser adalah bukti jelas terhadap kejahatan yang dilakukan oleh penjajahan Israel terhadap rakyat Palestin. Anak lelaki ini dibunuh secara kejam,” kata pegawai kanan Hamas, Khalil Al Hayya semasa upacara tersebut.
Menurut kementerian kesihatan Palestin, kanak-kanak lelaki itu adalah salah seorang daripada dua warga Palestin yang dibunuh oleh zionis semasa pertempuran sempadan di selatan Gaza.-AGENSI











