Penduduk Gua Musang terpaksa guna lori hantar jenazah ke kubur - Utusan Malaysia

Penduduk Gua Musang terpaksa guna lori hantar jenazah ke kubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Ketiadaan van jenazah menyebabkan peneroka di Rancangan Tanah Felda Perasu, di sini, menghadapi kesulitan menghantar jenazah ke tanah perkuburan setiap kali berlaku kematian.

Keluarga yang terlibat dengan kematian hanya mendapat ihsan mereka yang mempunyai lori kayu tiga tan untuk membantu menghantar jenazah ke tanah perkuburan yang terletak di rancangan tanah berkenaan.
 
Seorang peneroka, Mohd. Zain Hassan, 61, berkata, mereka merayu individu berkemampuan atau agensi kerajaan supaya dapat menyumbang sebuah van jenazah untuk rancangan tanah itu.

Katanya, jika cuaca hujan keadaan lebih menyulitkan untuk menghantar jenazah sehingga keranda yang berada atas lori basah.
 
”Kebanyakan rancangan tanah lain sudah ada van jenazah atas sumbangan pelbagai pihak, tetapi Felda Perasu masih ketinggalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami peneroka Felda Perasu berasa sedih juga kerana setiap kali ada kematian terpaksa meminjam lori kayu milik peneroka untuk hantar jenazah ke tanah perkuburan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. – K! ONLINE.
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini