Sejak Donald Trump mengambil alih teraju pentadbiran Amerika Syarikat (AS) daripada Barack Obama pada awal 2017, pendirian beliau mengenai pelbagai isu dunia kerap kali bertukar, tak ubah seperti sesumpah. Pada awal tahun lalu, beliau mengisytiharkan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sebagai ‘lapuk’. Beliau mendakwa perikatan itu tidak meliputi aspek antikeganasan walhal NATO sudah terlibat memerangi pengganas sejak tahun 1980 lagi dan menjadi lebih rancak, selepas serangan pengganas ke atas AS pada 11 September 2001. Namun Presiden AS berusia 72 tahun itu kemudian mengubah fikiran dan memberitahu sidang akhbar bersama Setiausaha…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya