Pendapatan nelayan di Perlis terjejas akibat cuaca tidak menentu - Utusan Malaysia

Pendapatan nelayan di Perlis terjejas akibat cuaca tidak menentu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PERLIS – Pendapatan lebih 1,000 nelayan di Perlis terjejas pada masa ini ekoran keadaan cuaca di laut yang tidak menentu terutama pada waktu petang hingga ke malam.

“Ancaman angin ribut bersama hujan dan petir di laut menyebabkan para nelayan terbabit tidak berani turun ke laut kerana bimbang keselamatan mereka terancam,” kata Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Perlis (PNNPs), Mahazan Sudin kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, nelayan-nelayan berkenaan kini hanya mengharapkan bantuan sara hidup kerajaan untuk menampung perbelanjaan mereka.

Katanya lagi, lebih kurang 700 nelayan di negeri ini layak menerima bantuan tersebut sejak empat tahun lepas membabitkan nelayan pantai yang menangkap ikan dalam zon A dan zon B pada jarak tidak lebih lapan batu nautika dari pantai.

Dalam pada itu, beliau berkata, mesyuarat agung PNNPs telah meluluskan usul meminta kerajaan mempertimbang untuk menambah jumlah pemberian bantuan sara hidup kepada nelayan, bersesuaian dengan keadaan semasa. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN