MOSCOW 16 Jun – Kegagalan kapten Lionel Messi menyempurnakan sepakan penalti menjadi mimpi ngeri Argentina yang menamatkan aksi pembukaan Kumpulan D Piala Dunia dengan keputusan seri 1-1 bersama pendatang baharu Iceland, sebentar tadi. Sergio Aguero meletakkan negara dari Selatan Amerika itu di depan pada minit ke-19 menerusi sepakan deras di dalam kotak penalti. Bagaimanapun Iceland, yang juga negara populasi paling kecil bertanding di Piala Dunia, menyamakan kedudukan empat minit kemudian…










