Penagih campak anak elak dicekup - Utusan Malaysia

Penagih campak anak elak dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang penagih dadah tergamak mencampakkan anak lelaki­nya yang berusia dua tahun semata-mata untuk me­larikan diri selepas sebuah sarang penagihan dadah di gempur anggota polis di Kampung Fajar, Hulu Kelang di sini Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu, kanak-kanak malang tersebut me­ngalami kecederaan pada belakang badan dan dihantar ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, ketika kejadian sepasukan anggota dari Balai Polis Taman Melawati telah mengepung kawasan tersebut sebelum kehadi­ran mereka disedari kumpulan penagih berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kumpulan penagih dadah yang terdiri daripada lima orang itu telah berpecah dan melarikan diri, namun anggota kita telah berjaya mengepung sepasang suami isteri berusia 27 tahun bersama anak mereka yang cuba melarikan diri menggunakan motosikal curi jenis Honda EX5.

“Bagaimanapun, usaha pasangan tersebut gagal apabila motosikal yang menggunakan nombor pendaftaran palsu ditunggang mereka terjatuh sebelum si isteri bertindak melarikan diri meninggalkan suami dan anaknya,” katanya ketika sidang akhbar di Balai Polis Taman Melawati di sini semalam.

Menurut Hamzah lagi, suspek lelaki berkenaan kemudian telah mengangkat anaknya dan cuba melarikan diri sebelum mencampakkan mangsa di tepi jalan bagi memudahkannya menyelamatkan diri.

“Anggota kita telah berjaya menangkap suspek lelaki berkenaan dan hasil siasatan awal mendapati suspek positif dadah jenis amphe­tamine serta mempunyai lima ­rekod lampau berkaitan dadah,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini