PUTRAJAYA – Sebanyak 265,149 nama daripada 433,708 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dikeluarkan daripada senarai hitam Jabatan Imigresen sehingga semalam. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, baki 168,289 daripada jumlah peminjam itu akan dikeluarkan daripada sistem senarai hitam jabatan itu pada 15 Jun ini. Beliau berkata, kemudahan pelepasan sekatan keluar negara bagi peminjam berkenaan terpakai kepada peminjam yang nama mereka masih dalam sistem imigresen. “Pihak…










