ISKANDAR PUTERI 10 Jun – Kerajaan negeri mempertimbangkan untuk mengenakan syarat tambahan bagi pemilikan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) bagi mengelakkannya disewakan kepada orang luar. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, syarat baharu itu akan dibentangkan dalam mesyuarat Exco dalam masa terdekat. “Kemungkinan kita akan menambah syarat baharu ini kerana kita ada menerima maklumat bahawa RMMJ ini bila diserahkan kunci kepada penerima, ia terus disewakan.…










