KUALA LUMPUR 20 Jun – Pemilihan pucuk pimpinan UMNO 2018 dilihat sebagai paling meriah dengan tujuh calon bertanding jawatan Presiden, tiga lagi bertanding Timbalan Presiden, lapan bertanding Naib Presiden dan 124 calon bertanding Ahli Majlis Tertinggi. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kemeriahan itu seperti satu pesta besar iaitu pesta keluarga UMNO. “Kalau semua memandang positif dan tiada siapa mengeluarkan kata-kata kesat atau saling menyindir…










