WASHINGTON 12 Jun – Penasihat Perdagangan White House Peter Navarro memohon maaf hari ini atas ulasan sinis yang ditujukan kepada Perdana Menteri Kanada Justin Tredeau susulan sidang kemuncak G7 minggu lalu, menurut Wall Street Journal. Dalam majlis yang dipengerusikan Journal itu, Navarro berkata dia membuat kesilapan, lapor akhbar itu. “Misi saya adalah untuk menghantar isyarat kekuatan yang kuat,” kata Navarro dalam majlis tersebut, lapor Journal. “Masalahnya dalam menyampaikan mesej berkenaan…










