Pemandu lori tangki maut kemalangan di LPT2 - Utusan Malaysia

Pemandu lori tangki maut kemalangan di LPT2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Seorang pemandu lori tangki membawa muatan cecair asid sulfurik maut selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit di Kilometer 312.2 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur masuk Plaza Tol Kerteh dekat sini hari

Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, Mohd. Anwar Abdul Malik, 38, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, sewaktu kejadian, Mohd. Anwar dalam perjalanan untuk menghantar 17,000 liter cecair asid sulfurik ke sebuah kilang memproses makanan haiwan di Kawasan Perindustrian Kerteh dekat sini dari Johor Bahru.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, lori tangki yang dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas memasuki sebuah parit di tepi lebuh raya.

“Impak daripada lori itu terbalik menyebabkan injap tangkinya mengalami kerosakan sehingga mengakibatkan limpahan kandungan cecair asid sulfurik terbabit yang merupakan bahan kimia,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini