Pemandu bas ekspres dikesan guna telefon bimbit dalam Ops Aidilfitri - Utusan Malaysia

Pemandu bas ekspres dikesan guna telefon bimbit dalam Ops Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 24 Jun – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri mendedahkan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu bas ekspres yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu dalam Ops Khas Aidilfitri baru-baru ini.

Pengarah JPJ negeri, Mohamat Johari Matmor berkata, kesalahan itu dikesan selepas anggotanya menyamar sebagai penumpang bas berkenaan.

Katanya, sepanjang operasi, pihaknya telah memeriksa 92 buah bas dengan tujuh dikesan melakukan pelbagai kesalahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara kesalahan lain termasuklah memandu secara berterusan di lorong kanan, menurunkan penumpang pada tempat tidak dibenarkan selain memandu secara berterusan melebihi 300 kilometer (km) tanpa menukar pemandu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai operasi pada hari terakhir sempena Aidilfitri di laluan motosikal Jambatan Pulau Pinang, di sini malam ini.

Sementara itu, beliau memberitahu sepanjang operasi sama, JPJ mengesan 1,064 pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya di negeri ini.

Katanya, jumlah kenderaan yang diambil tindakan pula sebanyak 645 buah manakala sebanyak 5,167 buah kenderaan pelbagai jenis diperiksa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini