SKUAD kebangsaan memiliki peluang untuk kembali berkampung di China bagi menjalani latihan sebagai persediaan ke Sukan Asia Indonesia sekiranya mereka mampu menjamin langkah itu mampu meningkatkan prestasi. Ketua Kontinjen negara, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi berkata, pihaknya belum menolak sepenuhnya permintaan barisan kejurulatihan terjun untuk membawa pulang skuad kebangsaan ke rumah kedua mereka. Katanya, pelbagai aspek akan dikaji semula bagi memberikan barisan prospek pingat negara tersebut platform terbaik untuk…










