PUTRAJAYA 21 Jun – Kerajaan akan merangka Pelan Hala Tuju Kesejahteraan Kanak-kanak bagi menangani secara holistik masalah nutrisi, sosial, kesihatan, pendidikan, kemiskinan dan kewarganegaraan membabitkan kanak-kanak di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, pelan yang akan dibentuk dalam tempoh sebulan itu menggariskan prinsip, objektif serta formula penyelesaian yang bakal dilaksanakan merentasi pelbagai kementerian. Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat…










