Pelajar retak tulang belakang terjatuh tingkat dua di sekolah - Utusan Malaysia

Pelajar retak tulang belakang terjatuh tingkat dua di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 30 Jun – Seorang pelajar  tingkatan empat sebuah sekolah di  Berapit di sini retak tulang belakang selepas  terjatuh daripada tingkat dua sekolahnya dalam kejadian Rabu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Abd. Hamid berkata,  berdasarkan laporan doktor, mangsa dipercayai mengambil ubat tidur secara berlebihan beberapa jam sebelum kejadian.

“Ibunya menjelaskan mangsa sukar tidur dan telah mendapatkan rawatan manakala seorang lagi ahli keluarga memberitahu, remaja berkenaan telah makan enam biji pil tidur pada hari kejadian,”  katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, saudara pelajar berkenaan juga memaklumkan mangsa sukar tidur kerana mempunyai tabiat bermain permainan video hingga awal pagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN