Apabila kita berbicara mengenai penghantaran wang ke seberang laut yang dibuat oleh pekerja asing, rata-rata banyak pihak beranggapan bahawa ia merugikan negara. Menurut Laporan Menghantar Pulang Wang: Menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) terbitan Dana Antarabangsa untuk Pembangunan Pertanian (IFAD), terdapat kira-kira 200 juta migran dari negara-negara berpendapatan rendah dan pertengahan yang menghantar wang kepada keluarga mereka di tanah air masing-masing. “Aliran penghantaran wang telah berkembang sejak sedekad lalu pada…










